memory @ Langkawi
november 2012
JaLaN-JaLaN ajer...
Ahad, 9 Disember 2012
Isnin, 6 Jun 2011
ep. 4; melancong ke beijing, china
| persimpangan medan tia'nammen |
| berjalan ke tia'nammen |
salam... terpanggil aku tuk menyambung coretan pengalaman manis sepanjang masa ketika berada di beijing. sebenarnya bukan apa, aku nak lepas geram psl terengganu kecundang 3-0 kepada kelantan malam ni dan juga kerana terkejut harga roti dah naik 0.20 sen menjadi RM3.40 sebuku....
hari ini aku nak berkongsi dengan mereka yang membaca blog aku ni. hari keempat(16.3.2011) aku bangun dari tidur dengan azam untuk menakluki dan merasai berada di zaman sholin. semalam tidur cukup lena walaupun kedinginan menyucuk kalbu... setiap malam aku kenakan 2 lapis baju yg tebal ditambah dengan selimut.... malam tadi aku tidur lewat sikit. aku nonton tv, maklumlah bukan senang nak tengok kat negara orang. kat sana ada 35 channel semua, tapi semua dalam bahasa cina. dia orang cukup mengagungkan bahasa ibunda nya. seperti biasa breakfast, menu tetap sama. nasi goreng, telur rebus dan air teh cina, aku tak kisah, bedal aje. untuk pengetahuan semua, peredaran masa tak menjadi masalah kerana masa malaysia dengan china sama aje...
| memory @ tia'nammen |
program pertama pagi ini adalah ke medan tia'nammen. medan ni betul-betul ditengah kesibukan bandaraya beijing. aku dan group terpaksa berjalan kaki +- 1KM. tapi tiada masalah sepanjang perjalanan sentiasa terpampang pemandangan bangunan yang cantik dan klasik. di medan tia'nammen aku bergambar sakan. bila berpusing 360 darjah ada aje shot cantik... selepas itu, kami bergerak masuk ke forbidden city. laluan nak masuk cukup sesak. kami satu group terpaksa berjalan seperti budak sekolah rendah beratur(tangan atas bahu). bukan apa takut terlepas dan kalau sesak naya jawabnya... bila jae kaki menjejaki kedalam bandar keamanan, seperti rasa berada dalam suasana zaman kungfu... di sini lah banyak pengambaraan filem yang aku tonton sebelum ni seperti filem jackie chan dan jet li. kami berjalan dari satu blok ke blok lain yang keluasan dari depan ke belakang +-1KM. di sin kami berada lebih kuran 2 jam, berjalan keluar dan bas sudah menunggu di seberang jalan... cukup penat, tapi berbaloi dengan kenangan yang akan diabadikan seumur hidup.
| bersama wife n mey(tour guide) |
selepas selesai lawatan itu, kami dibawa makan di restoran muslim. bagi aku cukup menyelerakan ditambah lagi dengan bekalan yang dibawa dari malaysia. di sini aku nak nasihat, kalau nak datang berkunjung ke negara orang, jangan lupa bawa budu, tumis bilis, lada jarum... ini lah yang menanbahkan selera kita.
selepas makan, kami solat dan terus ke perkampungan kuno(hutong). di sini kami menaiki beca mengelilingi perkambungan traditional china yang masih wujud. selepas itu kami di bawa melawat ke hard rock cafe. di sini tak ada apa-apa menarik. kejap aje singgah terus ke aktiviti yang paling menyeronokkan iaitu shopping. kali ini dibawa shopping di yushow market. aku sempat juga beli baju, PSP dan mainan untuk 3 putera ku
, cenderamata, kasut dll... peringatan, kalau nak shopping kita kena bijak tawar-menawar. orang negara china licik sikit dalam bisnes, aku kalau shopping tawar harga memang gila-gila. bayangkan cth kasut yang aku beli, harga dia letak 1500 yuen. gaduh punya gaduh tawar-menawar harga, akhirnya aku dapat beli dengan harga 60 yuen(RM28.00)... ssatu lagi aku naka bagitau, kalau nak murah ngaku saja org indonesia.. kalau org barat, jepun dan korea, dia memang sembelih harga... sedar X sedar 3 jam shopping, hari dah gelap, jadi program pada hari keepat dah berakhir. sebelum kami dibawa balik ke hotel, kami dinner... malam itu aku dah tak keluar, lepak aje dalam bilik pekene kopi panas dengan wife..
| at yushow market |
| suasana malam di beijing |
| deretan apartment |
ini sahaja coretan aku kali ini, insyallah, kalau ada kelapangan kita akan berjumpa dalam episod kelima, wasalam...
Selasa, 17 Mei 2011
D'lu'lu Homestay @ Sanglang, Pontian
| front view |
| front view |
| |||||||||||
| Tawaran ini dibuka kepada sesiapa yang berhajat untuk datang ke Pontian ataupun Benut. D'lu'lu homestay mengalu-alukan kehadiran para pengunjung yang menjadikan sebagai tempat persinggahan di atas apa jua urusan... | |||||||||||
| side view-terrace |
| bedroom 3 |
| master brdroom |
| kitchen |
| dining area |
| family area |
| living area |
D'lu'lu homestay amat sesuai dijadikan tempat penginapan@persinggahan untuk keluarga yang datang ke Pontian/ Benut/ Sanglang bertujuan menghantar rombongan kahwin, hari keluarga, persinggahan ke jeti feri Kukup(ke Indonesia) dll
SPESIFIKASI:
- Rumah Semi-D 1 tingkat.
- Keluasan lantai rumah: 32 X 55 ft. (1760 sq. ft.)
- Porch untuk 2 buah kereta
- Keluasan dalaman rumah amat selesa.
ketinggian lantai dengan siling: 12 ft.
- Mempunyai ruang dalaman yang lengkap;
* ruang tamu
* ruang family
* ruang makan
* dapur
* 4 bilik tidur
* 3 bilik air
* terrace (10 X 13 ft.)
KELENGKAPAN:
* Setiap ruang ada kipas siling(10 unit)
* Set bilik yang lengkap
* Set sofa yang lengkap(living area)
* LCD 42", home theater(family area)
* Meja makan & sinki(dining area)
* Fully carbinet, coffe bar, dapur hood & hob, peti sejuk 2 pintu,
mesin basuh(fully auto), penapis air dan bilik air(kicthen).
* ampaian
* Sesuai untuk penginapan harian.
LOKASI:
No. 35, Taman Sanglang Jaya, Lrg Sanglang Jaya 2, 82000 Pontian, Johor.
berada di pertengahan antara susur keluar Simpang Renggam, Lebuhraya Utara-Selatan dengan bandar Pontian.
17 KM dari bandar Pontian, 5 KM dari bandar Benut dan 1 KM dari pekan Sanglang.
Rumah ini didiami oleh saya & keluarga hanya apabila pulang ke kampung, hanya 3-4 kali setahun.
Dibeli/siap pada bulan July 2010.
HARGA SEWA:
- RM250 satu malam
- RM2500 sebulan
PROMOSI CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN: RM220.00
Sila hubungi/SMS untuk tempahan@pertanyaan:
019 3176009 / 013 9286009 (Hasmizan)
email: mizansara@yahoo.com
Sabtu, 14 Mei 2011
ep 1; melancong ke BEIJING, CHINA(13-21 MAC 2011)
bagi aku, hidup ini tidak akan lengkap kalau tidak menikmati keindahan dunia yang fana ini...
aku memang suka melancong... berjalan-jalan di negara sendiri... oleh dikatakan dah semua negeri aku dah jelajah.. lebih-lebih lagi wife aku pun mempunyai hobi yang sama.. MELANCONG. Kalau kat Malaysia, dah merata cerok aku pergi, ke bandar, ke bukit, ke pulau malahan ke sungai pun aku gi.... al maklum... kalau dah suka berjalan, dimana ada kemahuan, di situlah ada jalan....
| tunggu penerbangan-1.00 am |
| sajian semasa penerbangan |
| @ beijing airport |
| naik flight dari shanghai - beijing |
bila jejak kaki di beijing rasa lega dan mengigil..(maklum la di bawah 10 darjah celcius). alhamdulillah bila sampai dah ada guide tunggu.. namanya mei(org china tetapi fasih bertutur melayu). lepas tu naik bas terus pergi dinner kat salah sebuah restoran muslim..
| at beijing |
kita sambung lain kali....
ep 2: melancong ke BEIJING, CHINA
masa ini musim luruh, kalau tempat kita suasana tidak ubah seperti musim panas kering. pokok semua seperti mati...
| pinggir beijing |
| breakfast kt super8 hotel |
bermulanye pengembaraan aku... keluar aje dr pintu hotel kecut segala anggota badan aku... sejukkkk...(maklumlah tak pernah rasa sejuk macam ni...) naik bas ke kilang sutera. disitu kami disambut dengan ramah sekali. Kami di beri penerangan ttg asal-usul sutera dan akhirnya dibawa untuk memilih dan membeli kain sutera.
| peniaga jalanan |
orang lain memilih kain, kami turun gi pilih strawbery. fuhhhh.. cukup manis strawbery china, besar pulak tu.. kalau strawbery kt cameron masam-manis... tp china punya tak masam semua manis... apa lagi beli la untuk makan-makan... tak mahal.. cuma 30 yuen sekilo(100 yuen = 48 MYR).. kuaci sira pun sedap...
tengahari pergi lunch, boleh tahan masakan.. satu hidangan(8-9 org) ada 7-8 jenis lauk... kat negara china masakan diaorang lebih vegetarian.. lauk lain cuma ayam dan ada seketul ikan... air tak payah nak fikir lah pasal minuman rasmi adalah teh china... balunn aje..
kami solat dimasjid utama bandar beijing.. sebelum ke destinasi seterusnya, kami mintak guide cari tempat shoping pakaian, tak tahan sejukkk..dan destinasi kedua ke summer palace(tempat maharaja bersantai/tinggal semasa musim panas).. turun aje dari bas... berebut gadis-gadis china datang jual barang... macam-macam ade... topi, sarung tangan, mafla, jam, beg dll... kami pun kerana kesejukan beli aje la... kalau berbelanja di china ni, kita perlu bijak. harga memang melampau diorang letak, jadi kita perlu lah melampau jugak menawar.. bayangkan topi yang aku beli, di letak 200 yuen.. aku pun apa lagi, belit punya belit dapat lah 20 yuen... bagi duit 100 yuen, baki 80 yuen.. lepas tu kami pun masuk ke summer palace, satu tempat yang cukup indah, dengan pemandangan tasik buatan dah persekitaran yang begitu menguja. Sambil-sambil berjalan, timbul isu kawan kena tipu duit.. wife aku pun selak lah duit, rupa-rupanya aku pun kena tipu... bukan aku dan kawan aku aje... 5-7 org lain pun kena... pandai diorang selitkan duit baki ngan duit negara lain yang tak dok nilai..huhu kena dohhh...
| my wife @ summer palace |
ep 3; melancong ke BEIJING, CHINA(13-21 MAC 2011)
episod 3: melancong ke BEIJING, CHINA(13 - 21 MAC 2011)
| depan hotel-bersama wife, mazlan n nor |
| acrobatic show |
| @ chinese traditional health centre |
| nak tau berapa harganya: 19,999 yuen |
kami meneruskan perjalanan ke great wall. dari hotel nak sampai kat great wall selama 4 jam. akhirnya sampailah kami di great wall of china, salah satu dari 7 benda ajaib di dunia. inilah tempat yang selalu aku angan-angankan untuk sampai.. akhirnya aku dapat jejak dan menapak di tembok yang mempunyai kepanjangan hampir 3 kali panjang negara inggeris. Di sini aku sungguh teruja dan respect orang zaman dulu, bagaimana peritnya untuk menjaga bumi sendiri.. aku dan wife ambil kesempatan panjat tembok dan sempat aku panjat sampai 5 menara pengintai... dan yang paling penting, ambil gambar untuk kenangan..di sini aku nak berkongsi info tentang tembok besar china dari yang aku belajar sejarah dulu...
tembok besar china juga dikenali dengan nama tembok raksasa. panjangnya adalah 6,400 KM(dari kawasan sanhai pass di tiumue hingga ke lop nur disebelah barat). ia mempunyai ketinggian 6 meter dengan dengan tujuan untuk mencegah bangsa mongol dari utara pada masa itu. lebar bahagian atasnya adalah 5 meter bahagian bawah 8 meter. 180-270 meter dibuat menara pengintai. Tempoh membina tembok memakan ratusan tahun di zaman pelbagai kaisar. Tembok besar ini telah dimulakan pembinaan sebelum dinasti qin bertapak, iaitu semasa negara-negara berperang. kemudian pembinaan ini diteruskan oleh qin shi-huang. pembangunan tembok ini diteruskan di zaman dinasti sui, dinasti ming, dinasti nan dll bermacam-mcam dinasti lagi. kalau nak tau, datanglah sendiri ke sini...
| my group @ great wall china |
| kenangan di tembok besar china |
| @ kota beijing |
Langgan:
Ulasan (Atom)


















