Sabtu, 14 Mei 2011

ep 3; melancong ke BEIJING, CHINA(13-21 MAC 2011)

episod 3: melancong ke BEIJING, CHINA(13 - 21 MAC 2011)

depan hotel-bersama wife, mazlan n nor
berbalik kepada crite di beijing, hari ke2 tak selesai lagi... selepas merasai kesejukan ditasik maharaja china, kami bergerak ke chinese traditional health centre pada sebelah petang. di situ kami mengambil kesempatan meyegarkan kaki dengan urutan secara traditional masyarakat china. urutan yg dilakukan menggunakan herba-herba yang diambil dr negara Tibet. Di situ kami diberi penerangan tentang penjagaan kesihatan bukan hanya pada kaki, tetapi secara keseluruhan yang diterangkan oleh doc dr tibet secara personal.
acrobatic show

@ chinese traditional health centre
Selepas itu pergi dinner. setiap kami turun @ naik dari bas. ada saja jurujual... macam-macam adaa... tetap[i selepas masing-masing kena tipu, kami mengambil pendekatan untuk berhati-hati menerima duit baki. Sebelum kami bertolak balik ke hotel, kami dipertontonkan acrobatic show. show ini selama 1 jam, dan amat berpuas hati... sebelum balik, kami dimaklumkan oleh tour guide untuk keesokkan hari akan pergi ke tembok besar china dan dijangka suhu boleh mencecah 1-3 'C, jadi sempat lagi aku beli baju...malam itu kami sampai di hotel pukul 10 pm, masuk bilik terus tidur... penat oooiii...
nak tau berapa harganya: 19,999 yuen
Hari ketiga selepas breakfast, keluar aje dari pintu hotel... gigilll.. memang sejuk!! bila naik bas rasa macam basah pakaian aku.. destinasi pertama pagi ini adalah ke jade factory. macam-macam jenis batu jade yang ada.. selepas itu kami pergi lunch dan melawat kilang batu permata. kat kilang jade dan permata, aku n wife masuk kejap, lepas tu meronda kat luar, ye la, masing-masing tak minat.
kami meneruskan perjalanan ke great wall. dari hotel nak sampai kat great wall selama 4 jam. akhirnya sampailah kami di great wall of china, salah satu dari 7 benda ajaib di dunia. inilah tempat yang selalu aku angan-angankan untuk sampai.. akhirnya aku dapat jejak dan menapak di tembok yang mempunyai kepanjangan hampir 3 kali panjang negara inggeris. Di sini aku sungguh teruja dan respect orang zaman dulu, bagaimana peritnya untuk menjaga bumi sendiri.. aku  dan wife ambil kesempatan panjat tembok dan sempat aku panjat sampai 5 menara pengintai... dan yang paling penting, ambil gambar untuk kenangan..di sini aku nak berkongsi info tentang tembok besar china dari yang aku belajar sejarah dulu...
tembok besar china juga dikenali dengan nama tembok raksasa. panjangnya adalah 6,400 KM(dari kawasan sanhai pass di tiumue hingga ke lop nur disebelah barat). ia mempunyai ketinggian 6 meter dengan dengan tujuan untuk mencegah bangsa mongol dari utara pada masa itu. lebar bahagian atasnya adalah 5 meter bahagian bawah 8 meter. 180-270 meter dibuat menara pengintai. Tempoh membina tembok memakan ratusan tahun di zaman pelbagai kaisar. Tembok besar ini telah dimulakan pembinaan sebelum dinasti qin bertapak, iaitu semasa negara-negara berperang. kemudian pembinaan ini diteruskan oleh qin shi-huang. pembangunan tembok ini diteruskan di zaman dinasti sui, dinasti ming, dinasti nan dll bermacam-mcam dinasti lagi. kalau nak tau, datanglah sendiri ke sini...
my group @ great wall china

kenangan di tembok besar china
kami berada 2 jam di sini, dan selepas itu pulang ke hotel untuk berehat. oleh kerana terlalu penat, aku tertidur sepanjang perjalanan balik. jadi malam tu aku tak dapat tidur, jadi ajak wife pergi bersiar-siar disekitar hotel... itulah kali pertama aku merasai kehidupan sebenar waktu malam di sini, sambil berjalan untuk merasai suasana malam di beijing, aku singgah digerai buah-buahan. macam-macam ada, buah starbery, anggur, epal dan akhirnya aku beli buah mempelam(saiznya cukup kecil tetapi amt manis). sepanjang aku membeli tu cukup susah.. maklumlah, org china bukan pandai speaking.. sampaikan aku berbahasadengan menulis, tetapi jawapannya dlm bahasa china.. nasib baik ada org china yg lalu-lalang bole speaking, jadi aku mintala pertolongan dari diaorang..
@ kota beijing
ok lah nanti sambung lagi ke ep. 4. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan