Sabtu, 14 Mei 2011

ep 2: melancong ke BEIJING, CHINA

Kota Beijing menjadi pilihan untuk aku n family melancong disebabkan banyak sejarah china lama bermula di sini... untuk ep. 1, aku banyak bercerita tentang dugaan nak menjejak kaki ke beijing.. ep. 2 ni pula aku ingin berkongsi keseronokkan yang akan menjadi sejarah dalam hidup aku... ye la, aku hanya seorang cikgu, peluang aku melancong dengan kos sebegini mungkin sekali dalam seumur hidup.. tak tau la kot-kot ada rezki lain lepah ni.. aku ngan wife cadang gi ke korea selatan pulakk!!!
masa ini musim luruh, kalau tempat kita suasana tidak ubah seperti musim panas kering. pokok semua seperti mati...


pinggir beijing


breakfast kt super8 hotel
Hari kedua(14 mac 2011) di beijing. pagi-pagi dah breakfast kat hotel(aku stay kt Super8 Hotel). Tak banyak pilihan, cuma ada nasi goreng, sayur, roti, telur n air teh cina. Kalau kau orang nak tau, orang2 china ni memang tak pandai berbahasa inggeris(ye la, mereka cukup-cukup mengagungkan bahasa ibunda mereka). masa ambik sarapan, aku mintak spoon, pelayan tu buat tak tau aje... pah tu aku mintak lagi dengan body language lg... ade perkembangan.. tp mintak sudu dia bagi gelas, mintak tisu dia bagi senduk... sabo aje la...
bermulanye pengembaraan aku... keluar aje dr pintu hotel kecut segala anggota badan aku... sejukkkk...(maklumlah tak pernah rasa sejuk macam ni...) naik bas ke kilang sutera. disitu kami disambut dengan ramah sekali. Kami di beri penerangan ttg asal-usul sutera dan akhirnya dibawa untuk memilih dan membeli kain sutera.


peniaga jalanan
aku n wife bukannya suka sangat kain sutera, jadi kami negok aje...
orang lain memilih kain, kami turun gi pilih strawbery. fuhhhh.. cukup manis strawbery china, besar pulak tu.. kalau strawbery kt cameron masam-manis... tp china punya tak masam semua manis... apa lagi beli la untuk makan-makan... tak mahal.. cuma 30 yuen sekilo(100 yuen = 48 MYR).. kuaci sira pun sedap...
tengahari pergi lunch, boleh tahan masakan.. satu hidangan(8-9 org) ada 7-8 jenis lauk... kat negara china masakan diaorang lebih vegetarian.. lauk lain cuma ayam dan ada seketul ikan... air tak payah nak fikir lah pasal minuman rasmi adalah teh china... balunn aje..
kami solat dimasjid utama bandar beijing.. sebelum ke destinasi seterusnya, kami mintak guide cari tempat shoping pakaian, tak tahan sejukkk..dan destinasi kedua ke summer palace(tempat maharaja bersantai/tinggal semasa musim panas).. turun aje dari bas... berebut gadis-gadis china datang jual barang... macam-macam ade... topi, sarung tangan, mafla, jam, beg dll... kami pun kerana kesejukan beli aje la... kalau berbelanja di china ni, kita perlu bijak. harga memang melampau diorang letak, jadi kita perlu lah melampau jugak menawar.. bayangkan topi yang aku beli, di letak 200 yuen.. aku pun apa lagi, belit punya belit dapat lah 20 yuen... bagi duit 100 yuen, baki 80 yuen.. lepas tu kami pun masuk ke summer palace, satu tempat yang cukup indah, dengan pemandangan tasik buatan dah persekitaran yang begitu menguja. Sambil-sambil berjalan, timbul isu kawan kena tipu duit.. wife aku pun selak lah duit, rupa-rupanya aku pun kena tipu... bukan aku dan kawan aku aje... 5-7 org lain pun kena... pandai diorang selitkan duit baki ngan duit negara lain yang tak dok nilai..huhu kena dohhh...

my wife @ summer palace
berjumpa di ep. 3....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan